Tukar formula cleanser Mary Kay Botanical Effects kering kepada normal

Hari ni 27 Julai 2017 adalah genap tiga bulan saya munggunakan Mary Kay Botanical Effects Cleanse.

PEMBERITAHUAN:
Saya tidak menjual produk ini. Entry ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sila hubungi perunding kecantikan Mary Kay yang bertauliah untuk khidmat nasihat lanjut.

Mary Kay Botanical Effects adalah salah satu siri penjagaan wajah Mary Kay. Terdapat 3 formula dalam siri ini iaitu Formula 1 untuk kulit kering dan sensitif kemerahan, Formula 2 untuk kulit normal dan kombinasi serta Formula 3 untuk kulit berminyak. Siri ini menggunakan bahan botani (tumbuh-tumbuhan) sebagai asas. Sila rujuk gambar berikut. **Untuk keterangan lanjut tentang siri ini, boleh klik link ini.

Harga: RM72 - 113g / 4OZ

Buat pengetahuan anda, mula-mula saya guna pencuci muka BE Formula 1 pada  27 April 2017. Setelah hampir habis satu tiub BE F1 Cleanse (untuk kulit kering), saya mula mencuba BE F2 Cleanse (untuk Kulit normal/kombinasi) pula pada 9 Julai 2017. ALHAMDULILLAH, hari ni baru 19 hari saya bertukar kepada BE F2 Cleanser. Ia baik-baik sahaja dan sesuai juga untuk saya. Tiada tindakbalas negatif seperti gatal-gatal, ruam dan sebagainya.

TEKSTUR: Kedua-dua pencuci muka Formula 1 dan 2 tidak mempunyai buih. Teksturnya seperti losyen atau krim putih. Tekstur pencuci muka BE Formula 1 lebih seperti krim putih yang padat, berkrim dan berwarna putih pudar, MANAKALA tekstur pencuci muka BE Formula 2 adalah seperti krim putih yang amat cair, tidak berkrim langsung dan berwarna putih terang. Bagi saya, kalau dibandingkan tekstur keduanya, saya lebih suka tekstur BE Formula 1 kerana lebih padat dan berkrim. Tekstur BE Formula 2 yang lebih cair itu seperti air yang mengandungi kapur kerana tidak berkrim. Ia terus cair di tangan yang basah sebelum sempat saya sapu pada muka!

Awal-awal dulu saya diberi Botanical Effects F1 Cleanser oleh beauty consultant saya sebab muka saya ada kering sekitar bibir kan pernah pakai produk tempatan sabun tu banyak buih, dan tak pakai pelembap pula tu. Lagipun kulit saya jenis yang sensitif sejak lahir. Jadi dengan izin Yang Maha Kuasa, BE F1 Cleanser betul-betul ajaib untuk beri kelembapan pada kulit saya sebab selepas seminggu guna je, terus hilang tempat kering menggelupas tu. Masa ni saya hanya guna BE F1 cleanser semata-mata tanpa apa-apa pelembap lagi selama sebulan.


Selepas sebulan, saya tambah pelembap pula dalam rutin harian iaitu Oil-free Hydrating Gel (OFHG) yang baik untuk mengawal pengeluaran minyak dan beri kelembapan selama 10 jam untuk orang kulit normal dan berminyak. BE Formula 1 Cleanser pula dianggap paling lembut dan khas untuk kulit sensitif dan kering dengan memberikan kelembapan juga. Sebab tu saya rasa jadi terlebih melembapkan pula. Sebab tu saya tukar kepada BE Formula 2 Cleanser untuk kulit kombinasi/normal pula. Berikut adalah jadual fungsi ketiga-tiga formula dalam siri Botanical Effects ini dan bahan botani asas yang terkandung:


Memang ketiga-tiga formula produk Mary Kay Botanical Effects ni adalah dicipta untuk kulit sensitif dan terbukti dikaji oleh pakar kulit. Jadi, sebab tu saya berani cuba BE F2 Cleanse pula selepas hampir habis 1 tiub BE F1 Cleanse. Alhamdulillah, pilihan saya TEPAT. Saya masih simpan BE F1 Cleanse yang ada lebih (cukup untuk 15-20hari lagi) untuk kegunaan masa akan datang kot-kot kulit kembali kering.

Sebenarnya,  kebetulan rezeki, BE F2 Cleanse yang baru saya beli ni kawan saya jual kepada saya dengan harga murah, dia baru guna seminggu dan tak nak guna dah sebab tak tahan dengan healing crisis. Saya beli dengan harga RM60 untuk Cleanse (cleanser) dan Freshen (toner)! Murah kan? Kalau beli baru, dua item ni dah RM144.  Saya saja beli sebab murah dan sekadar untuk percubaan. Lepas saya rasa sesuai, saya beli pula satu set lengkap Botanical Effects Formula 2 daripada perunding kecantikan Mary Kay. Set lengkap ini mempunyai Cleanse (pencuci muka), Mask (topeng wajah), Hydrate (pelembap) dan Freshen (penyegar/toner). seperti gambar di bawah. Satu set ini berjumlah RM314.


Saya tukar daripada BE F1 Cleanse kepada BE F2 Cleanse sebab saya tak nak cuba BE F3 Cleanser (untuk kulit berminyak) kerana Formula 3 biasanya dikhaskan untuk kulit yang terlampau berminyak dan kebiasaanya berjerawat penuh satu muka dan bukan berjerawat jarak jarang-jarang.`


TEMPOH PENGGUNAAN SATU TIUB: Bagi saya, satu tiub ni tahan 3 bulan untuk pengguna yang biasa macam saya yang kadang-kadang picit banyak, kadang-kadang picit sikit. Saya guna guna tidak lebih 4 kali sehari iaitu dua kali sehari pagi dan malam (wajib) dan bila perlu (selain waktu pagi dan malam).

Buat pengetahuan semua, Botanical Effects ni juga ada siri baru iaitu Botanical Effects Evolution dengan ekstrak aloe vera dan buah naga. Siri ini dikatakan lebih sesuai digunakan oleh remaja seawal umur 12 tahun hingga 20-an sahaja atau mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah kulit wajah. Kalau anda baca komen-komen pengguna siri ini, ramai yang beri komen negatif kerana tidak sesuai untuk mereka yang berumur 25 ke atas atau yang mempunyai masalah kulit sensitif, rosak, nipis dan lain-lain. Jadi, orang yang berumur hampir 30-an yang memang pernah cuba segala spesies sabun dan krim muka macam saya ni memang tak sesuailah.


Saya dah cuba juga trial sachet yang beauty consultant saya bagi, sebab dia nak cadangkan saya beli cleanser tu selepas habis BE F1 ni, JIKA sesuai. Pencuci muka dalam siri ni diberi nama BE Evo Cleansing Gel, berbuih dan berbau harum. Pengalaman saya, bila cuci muka guna yang ni, muka saya terus gatal-gatal. Dah tiga kali guna. Jadi macam kena gigit nyamuk di banyak bahagian muka. Jerawat-jerawat semua jadi merah...huhu. Tapi sekejap saja, tidaklah melarat sehingga esoknya.

Walaupun
 ada antara pencuci muka Mary Kay yang jenis berbuih (foaming cleanser), buihnya sedikit dan selamat. Bukan buih SLS yang dikatakan boleh mengganggu sistem pengeluaran minyak semulajadi kulit tu. Kulit muka saya ni masih sensitif terlebih dan masih dalam pemulihan, jadi saya tidak sesuai menggunakan Cleansing Gel Botanical Effects Evolution yang comel ini.


Kesimpulannya, kulit kita ni memang berubah-ubah. Boleh menjadi semakin elok apabila semakin bersih kerana dijaga dengan betul. Tetapi, bergantung kepada persekitaran, suhu dan cuaca juga. Mungkin inilah antara perubahan positif kulit dalam proses pemulihan yang saya alami:

DARIPADA: kulit yang kering terhidrasi jadi pengeluaran minyak lagi banyak dan tak normal 

KEPADA: kulit yang hampir normal iaitu minyak di bahagian zone-T seperti kebanyakan wanita normal dan tidaklah kering lagi di mana-mana bahagian muka.

P/S: Genap 3 bulan, jerawat masih ada, tapi dah berkurang berbanding bulan pertama dan kedua penggunaan Mary Kay. Tetapi masih ada jerawat baru iaitu jerawat kecil-kecil yang tiada pori/mata tu dah jadi pustula atau bernanah/bermata. Moga-moga ia petanda untuk cepat baik. Mungkin proses penyingkiran dalam **healing crisis dah nak berakhir kot....insyaAllah. Dah boleh guna Skinvigorate Brush! Yeay!

SAYA SUKA! SAYA SUKA!

...KEEP CALM AND CARRY ON....


8 comments:

  1. Biar lambat asal selamat. Miza pun suka brand marykay ne

    ReplyDelete
  2. fiza pakai set 2 MK :) tahan lama dan terbaik untuk kulit

    ReplyDelete
  3. wah...dulu fiza pakai F3 kan. elok la tu maknanya kan.

    ReplyDelete
  4. nak try MK tapi tunggu product skrang pakai kasi habis dlu hehehe..

    ReplyDelete
  5. Siti: Betul tu. Habiskan dulu supaya tidak membazir.

    ReplyDelete
  6. penah dengar. Kat ne nak beli mary kay ni erk? perunding kecantikan dia ade di stokis ke?

    ReplyDelete
  7. Mary Kay memang best tiada kedai atau pon stokis sebab product MK ni exclusive saya beauty consultant MK yg bertauliah utk mengetahui tentang produk dan FREE CONSULTATION boleh wasap saya 0137152511 atau add fb saya Sukma Rindu SD MK

    ReplyDelete